Posts

SYUKUR

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ ٧  Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Ibrahim 14:7) ALHAMDULILLAH, itulah ucapan yang selayaknya dan seharusnya acap kali diucapkan oleh bibir-bibir manusia sebagai   salah satu tanda syukur dan terima kasih kita   atas pelbagai nikmat dan kebaikan yang dipinjamkan oleh Allah untuk kita hingga hari ini. . Syukurlah kerana hingga hari ini masih mampu bangun dari tidur seperti biasa, mata kita masih mampu melihat orang-orang yang kita sayang, telinga kita juga masih mampu mendengar, mulut kita masih mampu berkata-kata, tangan kaki kita juga masih mampu bergerak. Itu pun, terkadang manusia masiiiiih lagi tidak bersyukur . Sedangkan sebenarnya Allah mampu sahaja hilangkan segala yang ki

BESARNYA 'HADIAH' YANG ALLAH BAGI UNTUK ORANG YANG BACA ALQURAN

Image
YANG MAHIR DIANGKAT BERSAMA PARA MALAIKAT YANG MULIA, YANG BERSUSAH PAYAH WALAUPUN TERGAGAP DIBERI DUA PAHALA. SIAPAKAH ITU ?   Aisyah melaporkan, Rasulullah menerangkan: “Orang yang mahir membaca al-Quran, bersama-sama dengan para malaikat yang mulia. Manakala orang yang membaca al-Quran tergagap dan bersusah-payah mempelajarinya mendapat dua pahala.” ~Bukhari & Muslim Subhannallah, betapa baik dan sayangnya Allah pada kita. Sangat menghargai setiap usaha hambanya. Sahabat yang disayangi kerana Allah, adakah kalian tidak melihat dan tidak merasakan betapa Allah sangat menyayangi kalian, lebih-lebih lagi kalian yang selalu berdamping dengan Al-Quran, membacanya, menghafaznya dan memahaminya. Nikmat dan kemanisan berdamping dengan al-Quran ini tidak dapat kita rasai melainkan hanya pada mereka yang membacanya. Bacalah, walaupun lambat atau gagap Allah tetap melihat usahamu dan keinginanmu sahabat. Allah itu Maha Pengasih. Percaya atau tidak, dengan m

KESENANGAN PALSU

Image
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan palsu (bagi orang-orang yang terpedaya) (Al-Hadid 57: 20) Hidup di dunia ini umpama permainan, penuh dengan hiburan dan keseronokan. Manusia masing-masing mencari kelebihan, memperbanyakkan harta dan keturunan. Semua itu tidak ubah seperti tanaman hijau yang subur, sedap mata memandang, tetapi kemudiannya menjadi kuning dan kering akhirnya… hancur musnah. Gambaran ini bertujuan untuk menyatakan bahawa kehidupan di akhirat lebih mulia berbanding kehidupan dunia, tanpa menafikan akan perlunya manusia mencari kemajuan. Tapi   ikutlah panduan Al-Quran, insya-Allah hidup kita selamat berpanjangan. Bukanlah ia bermaksud kita harus tinggalkan dunia ini, kerana dunia inilah tempat kita beramal, berbuat sebanyaknya kebaikan dan tinggalkan segalanya yang buruk.  Bahkan perlu kita ingat kehidupan kita atas dunia ini seperti pengembaraan dan dunia ini sebagai transit, yang hanya persinggahan sementara s