Budayakan Sunnah Meminta dibacakan Al-Quran
Alhamdulillah, setakat umur 24 tahun ini sis masih mampu untuk membaca dan mengalunkan ayat-ayat cinta Maha Pemberi Rahmat, nikmat paling besar dalam hidup sis. Dan adalah nikmat paling best bila kita rasa nak dekat dengan al-quran, dan kita ada minat. Bila sis ingat balik sedih juga, sebab dulu sis belajar banyak perkara, di sekolah, pre-u, universiti dan bila dah habis belajar tu baru sis sedar yang semakin banyak sis belajar, semakin banyak yang sis tak praktikkan. Ya, bagi sis belajar mungkin mudah, tapi nak amal dan istiqamah tu perlu mujahadah. Ilmu didada kita juga adalah amanah. Ya, amanah, perlu kita kongsi dan sampaikan juga pada orang lain. Awak, urus la masa muda awak dengan baik. Sebaiknya jangan pernah atau sesekali satu hari kita tinggal tanpa membaca al-Quran. Ambil masa untuk mendalami, dan memahami isi kandungannya. Awak, sepadat mana pun masa awak, sibuk mana pun awak dengan kerja ke, projek ke, assignment ke, event ke meeting ke, cubalah awak lu...