Posts

Showing posts from March 11, 2018

BENCI KE SUKA KE

Image
        Allah telah berfirman yang bermaksud: ================== "Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, Boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu" ================== . . (Al-Baqarah 2:216) . . . Sahabat, apa yang kita miliki, apa yang kita punya hari ni, bukan selamanya baik untuk kita.  Mungkin terkadang Allah bagi sesuatu pada kita hanya sementara untuk menikmatinya, kerana mungkin setakat itu sahaja ia beri kebaikan pada kita,  Terkadang kita rasa tidak suka dan benci pada sesuatu, tapi sebenarnya di sisi Allah itu yang terbaik untuk kita.  Jangan cepat bersangka buruk dengan apa yang berlaku pada kita, ketika itu mungkin situasi atau sesuatu yang berlaku itu terlihat buruk dan tidak baik di mata kita, tapi tapi..  Di sisi Allah, sebenarnya itu yang terbaik buat kita. Percayalahh Allah tu lebih Mengetahui, (yang lepas, yang sekarang mahupun yang akan datang) s...

SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MELETAKKAN TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN?

Image
Abu Al-Aswad Ad-Duali Beliau merupakan manusia pertama yang telah meletakkan titik dan baris di dalam al-quran. Dulu al-Quran tiada titik dan tiada baris. Bayangkan bagaimana para sahabat menulis dan menghafaz al-Quran. Subhanallah ! Masya Allah, Sungguh besar jasa dan pengorbanan insan mulia ini. Sahabat, tanpa beliau, mungkin kita tidak semudah hari ini untuk mengenal dan membaca al-Quran. Betapa besarnya dan luasnya dakwah dan pengorbanan para sahabat dan ulama   terdahulu demi menjaga dan memelihara al-Quran. Mereka melakukan pelbagai cara untuk menulis dan menghafal al-Quran. Cuba la kita sama-sama bayangkan, ketika zaman sabahat, tiada kertas dan pen. Para sahabat menulis ayat-ayat al-Quran di atas batu, daun dan kulit kayu. Allahu Akbar. Kini.. semua sudah serba mudah, kita lahir saja di dunia ini, al-Quran sudah sempurna dan dibukukan. Namun masih ada sebahagian umat islam yang masih lalai, dan terus beralasan untuk tidak belajar dan membaca...