Posts

Showing posts from October 8, 2017

Semua Awak Nak? Tapi..

Nak kaya? Nak pandai? Nak suami soleh? Nak isteri soleh? Nak kereta mewah? Nak beg mahal? Nak rumah? Nak Itu, nak ini, semua awak nak lah senang citer. Pecayalah awak, awak wajib percaya yang awak tak kan dapat semua tu? Sebab?   Sebab awak NAK je, semua benda, Tapi awak buat apa? Awak tak buat apa-apa kan. Awak cuma berHARAP apa awak nak, awak akan dapat. Haah yelah tu JANGAN HARAP! Sila meninggal. Nak ubah hidup, ubah karakter awak! Ye ubah diri awak tu. Sebab tak ada orang lain yang boleh ubah awak, melainkan diri awak sendiri. Tak percaya? Sila baca terjemahan Quran (surah Ar-Ra'd 13:11) . . *Nasihat untuk diri sendiri jugak;( Sekian. SISngaji

Cantik?

Cantik? Awak, Allah tak larang awak nak cantik-cantik hensem-hensem, cuba produk tu, cuba produk ni, demi menjaga kecantikan. Boleh awak, tapi jangan sampai mudarat diri awak, dan perkara lain terabai. . . Allah suka dan Allah pemilik segala kecantikan dan Allah yang mencipta kecantikan dan keindahan yang ada di atas muka bumi ni. Termasuk la kecantikan awak, Ye awak cantik, Awak kacak. . . Tapi.. perlu kita ingat dan berjaga-jaga, jangan sesekali sombong, angkuh dan bangga sangat dengan apa yang kita miliki. . . Sebab, hakikatnya kita cuma 'makanan cacing'. ;( . ya cuma makanan cacing. Sekian. SISngaji