Posts

Showing posts from March 4, 2018

KENAPA KENA BACA AL-QURAN?

ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (Al-Baqarah 2:2) Sahabat, orang yang hatinya 100% bergantung dengan Allah, dekat dengan Allah, dekat dengan Al-Quran, bila dia dengar saja namanya, dengar saja ayatnya sudah mampu membuatkan hati yang resah menjadi tenang, jiwa yang parah menjadi tabah, segala rasa yang tidak baik itu hilang, apatah lagi bila membacanya. Allah Akbar. Inilah yang dikatakan the power of al-Quran. Kita semua tahu bahawa al-Quran ini adalah mukjizat paling besar yang Allah turunkan melalui Malaikat Jibril dan disampaikan kepada Rasulullah SAW. Al-Quran juga adalah solusi dan jawapan bagi setiap masalah dan persoalan yang menjadi isu masyarakat hari ini.   Namun, alangkah sedihnya masih terdapat sebahagian umat islam hari ini khususnya anak-anak ...

APA KHABAR AL-QURAN KITA?

Apa khabar alquran kita? Sahabat,  jangan pernah biarkan hari kita berlalu tanpa membuka dan membaca alquran Sahabat,  usahalah untuk sentiasa dekat dgn alquran.  Cabar diri kita untuk sekurang-kurangnya baca satu muka surat sehari, biasakan diri kita baca alquran sebelum keluar dari rumah. Apa lagi alasan untuk tidak baca alquran? Sedangkan kita mampu baca whatsapp, kita mampu layan facebook, instagram, berjam-jam, tapi kenapa tak mampu nak baca alquran walau cuma 5-15 minit. Terkadang kita asyik dengan alasan sibuk, tak sempat nak baca,  tak ada masa nak baca.  Allahu akbar! Sedangkan Allah beri kita 24 jam sehari, bukan kita tak ada masa,  tapi sebenarnya kita tak cari masa. Sahabat sahabat sahabat, Awak tahu tak sebenarnya awak hebat, awak boleh baca alquran, awak boleh lihat dan sentuh alquran. Awak tahu kan,  dekat luar sana tak semua orang hebat dan ada peluang dan kemudahan macam kita dapat sekarang. Bertuahnya ki...