Posts

Semua Awak Nak? Tapi..

Nak kaya? Nak pandai? Nak suami soleh? Nak isteri soleh? Nak kereta mewah? Nak beg mahal? Nak rumah? Nak Itu, nak ini, semua awak nak lah senang citer. Pecayalah awak, awak wajib percaya yang awak tak kan dapat semua tu? Sebab?   Sebab awak NAK je, semua benda, Tapi awak buat apa? Awak tak buat apa-apa kan. Awak cuma berHARAP apa awak nak, awak akan dapat. Haah yelah tu JANGAN HARAP! Sila meninggal. Nak ubah hidup, ubah karakter awak! Ye ubah diri awak tu. Sebab tak ada orang lain yang boleh ubah awak, melainkan diri awak sendiri. Tak percaya? Sila baca terjemahan Quran (surah Ar-Ra'd 13:11) . . *Nasihat untuk diri sendiri jugak;( Sekian. SISngaji

Cantik?

Cantik? Awak, Allah tak larang awak nak cantik-cantik hensem-hensem, cuba produk tu, cuba produk ni, demi menjaga kecantikan. Boleh awak, tapi jangan sampai mudarat diri awak, dan perkara lain terabai. . . Allah suka dan Allah pemilik segala kecantikan dan Allah yang mencipta kecantikan dan keindahan yang ada di atas muka bumi ni. Termasuk la kecantikan awak, Ye awak cantik, Awak kacak. . . Tapi.. perlu kita ingat dan berjaga-jaga, jangan sesekali sombong, angkuh dan bangga sangat dengan apa yang kita miliki. . . Sebab, hakikatnya kita cuma 'makanan cacing'. ;( . ya cuma makanan cacing. Sekian. SISngaji

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Okeh, sebelum sis mula cerita apa yang sis nak kongsi hari ni, let me ask you something. hehe. Awak, awak tahu tak, dalam al-Quran ada berapa Juzuk? Haha mesti ramai yang tahu jawapannya kan? haah betul la tu awak jawab. Ada 30 juzuk kesemuanya.  Ni kalau tanya budak darjah satu pun dia tahu. Brader sister malu sikit ye pada adik-adik awak. Tapi kan awak, seandainya sahabat Nabi hidup kembali, dia tidak tahu pun yang al-quran dibahagikan kepada 30 juzuk. Kenapa? Ini kerana pembahagian kandungan al-Quran ialah hasil usaha ulama islam terkemudian. Awak nak tahu tak, disebalik kitab yang kita baca setiap hari tu, ada banyak kisah dan sejarah yang kita tidak tahu. Kita seharusnya lebih bersyukur. Kerana apa? Kerana bila kita lahir sahaja di dunia ini, al-Quran itu sudah tersedia dan mudah dibaca. Tapi itu lah pilihan, sama ada awak baca atau sebaliknya. Sebenarnya terdapat beberapa sistem pembahagian kandungan al-Quran. Okeh, Kenapa agaknya ulamak terdahulu b...

Tiada Manusia Tak Pernah Buat Silap

Tiada manusia pun di atas muka bumi ini yang tak pernah buat silap. . . Tapi, Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang, sekecil atau sebesar mana pun dosa Dan kesilapan yang kita pernah buat, . . Allah masih dan sentiasa beri peluang pada hambanya untuk bertaubat dan berubah. . . Walaupun sekarang ni mungkin awak dan saya masih buat dan ulangi dosa dan kesilapan yg sama, Allah tu tetap beri peluang, Allah tetap beri kita pelbagai nikmat, rezki. Sedangkan kita masih dalam keadaan berdosa. Subhanallah. Sayangnya Allah pada kita. . . Tapi terkadang manusia itu sombong dengan segala apa yang dimilikinya. Padahal itu semua pinjaman semata. . . Dan terkadang manusia itu ego dengan kesilapan masing-masing. Allahu, moga Allah ampunkan kita. . . Walaupun manusia itu masih saja lupa dengan segala kewajipannya, masih saja enggan sujud padaNya, . . Sedangkan Allah, tak pernah jemu memerhatikan kita, bahkan Allah tidak pernah tidak memberi apa yang kita pinta. . . Bersy...

Dah Baca Quran?

Alhamdulillah, setakat umur 24 tahun ini sis masih mampu untuk membaca dan mengalunkan ayat-ayat cinta Maha Pemberi Rahmat, nikmat paling besar dalam hidup sis. Dan adalah nikmat paling best bila kita rasa nak dekat dengan al-quran, dan kita ada minat. Bila sis ingat balik sedih juga, sebab dulu sis belajar banyak perkara, di sekolah, pre-u, universiti dan bila dah habis belajar tu baru sis sedar yang semakin banyak sis belajar, semakin banyak yang sis tak praktikkan. Ya, bagi sis belajar mungkin mudah, tapi nak amal dan istiqamah tu perlu mujahadah. Ilmu didada kita juga adalah amanah. Ya, amanah, perlu kita kongsi dan sampaikan juga pada orang lain. Awak, urus la masa muda awak dengan baik. Sebaiknya jangan pernah atau sesekali satu hari kita tinggal tanpa membaca al-Quran. Ambil masa untuk mendalami, dan memahami isi kandungannya.   Awak, sepadat mana pun masa awak, sibuk mana pun awak dengan kerja ke, projek ke, assignment ke, event ke meeting ke, cubalah awak lu...