SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MELETAKKAN TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN?









Abu Al-Aswad Ad-Duali

Beliau merupakan manusia pertama yang telah meletakkan titik dan baris di dalam al-quran. Dulu al-Quran tiada titik dan tiada baris. Bayangkan bagaimana para sahabat menulis dan menghafaz al-Quran. Subhanallah !

Masya Allah, Sungguh besar jasa dan pengorbanan insan mulia ini.

Sahabat, tanpa beliau, mungkin kita tidak semudah hari ini untuk mengenal dan membaca al-Quran.

Betapa besarnya dan luasnya dakwah dan pengorbanan para sahabat dan ulama  terdahulu demi menjaga dan memelihara al-Quran. Mereka melakukan pelbagai cara untuk menulis dan menghafal al-Quran. Cuba la kita sama-sama bayangkan, ketika zaman sabahat, tiada kertas dan pen. Para sahabat menulis ayat-ayat al-Quran di atas batu, daun dan kulit kayu. Allahu Akbar.

Kini.. semua sudah serba mudah, kita lahir saja di dunia ini, al-Quran sudah sempurna dan dibukukan. Namun masih ada sebahagian umat islam yang masih lalai, dan terus beralasan untuk tidak belajar dan membaca Al-Quran. Al-Quran di dalam rumah dibiarkan saja berhabuk atas almari. Ada yang mungkin dah dimakan anai-anai.

Sahabat, jangan lupa bersyukur dengan nikmat ini. Terus kaji dan belajar tentang seerah dan sejarah islam terdahulu. Supaya kita sedar dan belajar menghargai apa yang kita miliki sekarang. Semuanya sudah mudah dan tersedia bukan?

Tapi kita masih dan masih lagi merasa tidak cukup dan lupa bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki. 

Sahabat, marilah kita sama-sama menjadi orang beriman yang memberi dan sampaikan kebaikan



Jom ngaji, kita kejar syurga tertinggi, hingga jannatul firdausi!

 
.
.
.
.
 ~sisngaji







Comments

Popular posts from this blog

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Tiada Manusia Tak Pernah Buat Silap