SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MELETAKKAN TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN?
Abu Al-Aswad Ad-Duali Beliau merupakan manusia pertama yang telah meletakkan titik dan baris di dalam al-quran. Dulu al-Quran tiada titik dan tiada baris. Bayangkan bagaimana para sahabat menulis dan menghafaz al-Quran. Subhanallah ! Masya Allah, Sungguh besar jasa dan pengorbanan insan mulia ini. Sahabat, tanpa beliau, mungkin kita tidak semudah hari ini untuk mengenal dan membaca al-Quran. Betapa besarnya dan luasnya dakwah dan pengorbanan para sahabat dan ulama terdahulu demi menjaga dan memelihara al-Quran. Mereka melakukan pelbagai cara untuk menulis dan menghafal al-Quran. Cuba la kita sama-sama bayangkan, ketika zaman sabahat, tiada kertas dan pen. Para sahabat menulis ayat-ayat al-Quran di atas batu, daun dan kulit kayu. Allahu Akbar. Kini.. semua sudah serba mudah, kita lahir saja di dunia ini, al-Quran sudah sempurna dan dibukukan. Namun masih ada sebahagian umat islam yang masih lalai, dan terus beralasan untuk tidak belajar dan membaca...
Comments
Post a Comment