APA KHABAR AL-QURAN KITA?
Apa khabar alquran
kita?
Sahabat,
jangan pernah biarkan hari kita berlalu tanpa membuka dan membaca alquran
Sahabat,
usahalah untuk sentiasa dekat dgn alquran. Cabar diri kita untuk sekurang-kurangnya
baca satu muka surat sehari, biasakan diri kita baca alquran sebelum keluar
dari rumah.
Apa lagi alasan
untuk tidak baca alquran? Sedangkan kita mampu baca whatsapp, kita mampu layan
facebook, instagram, berjam-jam, tapi kenapa tak mampu nak baca alquran walau
cuma 5-15 minit.
Terkadang kita asyik
dengan alasan sibuk, tak sempat nak baca, tak ada masa nak baca.
Allahu akbar!
Sedangkan Allah beri
kita 24 jam sehari, bukan kita tak ada masa, tapi sebenarnya kita tak
cari masa.
Sahabat sahabat
sahabat, Awak tahu tak sebenarnya awak hebat, awak boleh baca alquran, awak
boleh lihat dan sentuh alquran.
Awak tahu kan,
dekat luar sana tak semua orang hebat dan ada peluang dan kemudahan macam kita
dapat sekarang. Bertuahnya kita. Ada sebahagian mereka tak boleh baca
alquran, ada juga yang tak boleh melihat kalam alquran, walaupun mereka
mungkin tidak lahirkan sempurna macam kita, mereka yang cacat penglihatan,
pendengaran mahupun ada kekurangan fizikal, namun sahabat, mereka tidak mencari
alasan bahkan berusaha pelbagai alternatif agar dapat membaca al-Quran bahkan
menghafaznya, ya bahkan mereka mampu menghafaznya.
Bagaimana dengan
kita sahabat?
semua kita
ada,
Kita lahir dengan
sempurna fizikal,
Namun,
Kita asyik terlalu
banyak cipta alasan
Kita asyik terlalu
banyak mengelak
Kita asyik terlalu
banyak menangguh
Kita asyik terlalu
banyak lalai dengan dunia
Sahabat, sesibuk
mana pun kita dengan pekerjaan mahupun aktiviti harian kita, jangan pernah
lupa untuk membaca dan tadabbur al-Quran. kenapa? sebab al-Quran yang bakal
menjadi penolong (syafaat) untuk kita diakhirat nanti jika kita membacanya.
Percayalah dan yakin
dengan janji-janji Allah yang pasti!
Jom ngaji, kita
kejar syurga tertinggi, hingga jannatul firdausi!
~SISngaji
Comments
Post a Comment