BENCI KE SUKA KE

 
 
 

 
Allah telah berfirman yang bermaksud:

==================
"Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
Boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu"
==================
.
.
(Al-Baqarah 2:216)
.
.
.
Sahabat, apa yang kita miliki, apa yang kita punya hari ni, bukan selamanya baik untuk kita. 

Mungkin terkadang Allah bagi sesuatu pada kita hanya sementara untuk menikmatinya, kerana mungkin setakat itu sahaja ia beri kebaikan pada kita, 

Terkadang kita rasa tidak suka dan benci pada sesuatu, tapi sebenarnya di sisi Allah itu yang terbaik untuk kita. 

Jangan cepat bersangka buruk dengan apa yang berlaku pada kita, ketika itu mungkin situasi atau sesuatu yang berlaku itu terlihat buruk dan tidak baik di mata kita, tapi tapi.. 

Di sisi Allah, sebenarnya itu yang terbaik buat kita. Percayalahh
Allah tu lebih Mengetahui, (yang lepas, yang sekarang mahupun yang akan datang) sedangkan kita tidak mengetahui. 

Setiap apa yang berlaku, sudah tentu ada kebaikan dan hikmahnya. Jadi, solusinya kita perlu sentiasa bersederhana bila menyukai sesuatu. Dan jangan lupa untuk letakkan dalam hati, Allah sentiasa nombor satu =).  Okeh janji tau.

Ok sahabat. Jangan lupa share posting ini supaya ramai yang dapat manfaat dan kebaikan. Inshallah. Terima kasih sudi membaca. Moga kita semua sentiasaaaa dalam rahmat Allah.


JOM NGAJI, KITA KEJAR SYURGA TERTINGGI, HINGGA JANNATUL FIRDAUSI


~SISngaji

Comments

Popular posts from this blog

SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MELETAKKAN TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN?

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Tiada Manusia Tak Pernah Buat Silap