KENAPA KENA BACA AL-QURAN?


ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;
(Al-Baqarah 2:2)



Sahabat,
orang yang hatinya 100% bergantung dengan Allah, dekat dengan Allah, dekat dengan Al-Quran, bila dia dengar saja namanya, dengar saja ayatnya sudah mampu membuatkan hati yang resah menjadi tenang, jiwa yang parah menjadi tabah, segala rasa yang tidak baik itu hilang, apatah lagi bila membacanya. Allah Akbar. Inilah yang dikatakan the power of al-Quran.


Kita semua tahu bahawa al-Quran ini adalah mukjizat paling besar yang Allah turunkan melalui Malaikat Jibril dan disampaikan kepada Rasulullah SAW. Al-Quran juga adalah solusi dan jawapan bagi setiap masalah dan persoalan yang menjadi isu masyarakat hari ini.  Namun, alangkah sedihnya masih terdapat sebahagian umat islam hari ini khususnya anak-anak muda yang masih tidak tahu membaca al-Quran. Allahu rabbi


Daripada kita memikirkan mengapa perkara ini berlaku, adalah lebih baik jika kita semua sama-sama mengambil pendekatan untuk istiqomah dan terus mendalami al-quran. Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk mengajak rakan-rakan dan ahli keluarga sama-sama belajar al-quran dan wajib berguru dengan guru yang mahir dan arif tentang al-Quran. Pada anda yang masih baru mahupun yang tidak tahu membaca al-Quran, tidak mengapa. Allah sayangkan awak, masih belum terlambat untuk belajar. Jangan tangguh niat baik awak! Kenapa? Sebab Allah tidak akan pernah sesekali menangguhkan ajal kematian kita. =(



Sahabat,
Didik dan tarbiahlah anak-anak anda sejak dari kecil untuk mengenal Allah sebagai penciptanya, dan mengenal Al-Quran sebagai panduan hidup dunia dan akhirat. Perlu kita ingat bahawa tarbiah kita yang akan menentukan sahsiah anak-anak kita kelak. Sahabat, Umat kita hari ini sangat dahagakan generasi-generasi yang celik al-Quran, yang kenal Allah dan patuh pada agama. Untuk itu, kita sebagai orang dewasa perlu bersedia dengan ilmu di dada untuk tarbiah keturunan dan keluarga kita.


Belajar al-Quran bukan sekadar belajar membacanya sahaja. Namun, bahkan akan berlipat ganda ganjaran dan manfaat yang kita peroleh daripada al-Quran sekiranya kita berusaha untuk mengenali, memahami dan cuba menghafalnya serta tidak henti untuk mempraktikan isi kandungannya dalam setiap saat kehidupan kita.


Sahabat, percayalah dan yakin dengan janji-janji Allah yang pasti!

Jom ngaji, kita kejar syurga tertinggi, hingga jannatul firdausi!

~SISngaji






Comments

Popular posts from this blog

SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MELETAKKAN TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN?

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Tiada Manusia Tak Pernah Buat Silap