KESENANGAN PALSU




Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan palsu (bagi orang-orang yang terpedaya)

(Al-Hadid 57: 20)

Hidup di dunia ini umpama permainan, penuh dengan hiburan dan keseronokan. Manusia masing-masing mencari kelebihan, memperbanyakkan harta dan keturunan.

Semua itu tidak ubah seperti tanaman hijau yang subur, sedap mata memandang, tetapi kemudiannya menjadi kuning dan kering akhirnya… hancur musnah.

Gambaran ini bertujuan untuk menyatakan bahawa kehidupan di akhirat lebih mulia berbanding kehidupan dunia, tanpa menafikan akan perlunya manusia mencari kemajuan. Tapi  ikutlah panduan Al-Quran, insya-Allah hidup kita selamat berpanjangan.

Bukanlah ia bermaksud kita harus tinggalkan dunia ini, kerana dunia inilah tempat kita beramal, berbuat sebanyaknya kebaikan dan tinggalkan segalanya yang buruk.  Bahkan perlu kita ingat kehidupan kita atas dunia ini seperti pengembaraan dan dunia ini sebagai transit, yang hanya persinggahan sementara sebelum ke destinasi terakhir iaitu akhirat yang kekal.

Namun untuk sampai ke destinasi 'terakhir' (akhirat) itu dengan bahagia, tenang dan gembira bukanlah semudah abc.

Sepanjang transit kita atas dunia ini, pastinya pelbagai rintangan dan ujian yang kita harus lalui, kita perlu bersusah payah dan berpenat dulu dengan mujahadah, kumpul sebanyaknya ‘tenaga’ untuk teruskan perjalanan ke destinasi terakhir, sediakan sebanyaknya bekalan-bekalan sepanjang kita di ‘transit’ ini supaya kita tidak lelah bila sampai ‘sana’ nanti.
Bila sampai di ‘sana’, maka berehatlah kamu sepuas-puasnya. Kamu telah pun berjaya menghadapi semua ujian dan rintangan itu dengan penuh iman, Taqwa dan jihad yang bersungguh-sungguh. Maka, masanya kamu berehat. Tahniah!

Tapi...sebaliknya, ingatlah jika kamu meneruskan perjalanan dan sampai ke ‘sana’ tanpa menyediakan ‘bekalan dan tenaga’ yang cukup, wallahi kamu akan menyesal, kamu akan lelah kerana apa? Kerana kamu tak akan mampu, ya tak akan mampu dan tak boleh untuk berpatah balik.

Moga Allah merahmati kamu dan kita semua dengan hidayah dan jalan yang benar.


Jom ngaji, kita kejar syurga tertinggi, hingga jannatul firdausi!

~SISngaji 






Comments

Popular posts from this blog

SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MELETAKKAN TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN?

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Tiada Manusia Tak Pernah Buat Silap