SYUKUR


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ ٧ 


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Ibrahim 14:7)

ALHAMDULILLAH, itulah ucapan yang selayaknya dan seharusnya acap kali diucapkan oleh bibir-bibir manusia sebagai  salah satu tanda syukur dan terima kasih kita  atas pelbagai nikmat dan kebaikan yang dipinjamkan oleh Allah untuk kita hingga hari ini.
.
Syukurlah kerana hingga hari ini masih mampu bangun dari tidur seperti biasa, mata kita masih mampu melihat orang-orang yang kita sayang, telinga kita juga masih mampu mendengar, mulut kita masih mampu berkata-kata, tangan kaki kita juga masih mampu bergerak. Itu pun, terkadang manusia masiiiiih lagi tidak bersyukur
.
Sedangkan sebenarnya Allah mampu sahaja hilangkan segala yang kita punya itu saat kita sedang tidur. Namun, Allah itu Maha penyayang. Walaupun kita masih saja berbuat dosa atas bumi ini. Masiiih lagi Allah bagi nikmat yang banyak. Apatah lagi kalau kita bersyukur, dengan solat dan taat semua suruhan-Nya. Allah sudah menegaskan janjinya dalam surah Ar-Ra’d:14:7, “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu”.
.
Sahabat, konsep syukur ini sebenarnya sangat mudah, hargai apa yang kita miliki sekarang. Sebenarnya punca seseorang itu tidak bahagia ialah kerana mereka sibuk nak jadi seperti orang lain dan selalu membandingkan kehidupannya dengan kehidupan orang lain yang secara kasarnya kelihatan lebih baik. Sedangkan kita tidak tahu hakikat disebalik apa yang kita lihat.
.
Manusia hari ini tidak bahagia kerana sibuk memikirkan sesuatu yang dia tidak ada. Sedangkan jika kita bersyukur dan fokus dengan apa yang kita miliki sekarang. Percayalah, kita akan bahagia. Ya kita akan bahagia. Yakin dengan janji Allah.
.
Ingat, definisi bahagia bukanlah bila kita ada harta yang banyak, emas yang bersepah, tapi bahagia tu kita sendiri boleh jemput dia hadir dalam hidup kita. Macam mana? Dengan Syukur.. 
.
Apapun situasi yang kita alami, belajarlah untuk menerima dan redha bahawa segala apa yang kita miliki semuanya adalah pinjaman dan tidak kekal.
Sabar dengan sesuatu kehilangan, Syukur dengan sesuatu yang masih Allah tinggalkan.
.
.
JOM NGAJI, KITA KEJAR SYURGA TERTINGGI, HINGGA JANNATUL FIRSAUSI.
.
.

SISngaji




















Comments

Popular posts from this blog

SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MELETAKKAN TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN?

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Tiada Manusia Tak Pernah Buat Silap